Projek Hidroelektrik Nenggiri

A
A
A
Pemandangan udara kerja-kerja pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri ketika tinjauan hari ini.

Masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi dan Pos Pulat, di sini yakin Projek Hidroelektrik Nenggiri bakal memberi manfaat kepada komuniti itu dalam pelbagai bentuk termasuk kemudahan jalan raya dan peluang pekerjaan yang lebih.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi Ajeh Baharom, 50, berkata hampir 1,000 penduduk suku kaum Temiar di penempatan berkenaan sedia maklum tentang projek tersebut, malah sudah bersedia untuk berpindah sejak lebih 10 tahun lepas. 



Projek tersebut yang menelan kos RM5 billion dan dijangka siap pada 2026, akan membentuk Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer (km) persegi serta Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97km persegi.