24 maut dalam kemalangan bas

Keluarga dan pegawai keselamatan di luar bilik mayat di Demnate, Maghribi, pada Ahad. - Foto AFP
Keluarga dan pegawai keselamatan di luar bilik mayat di Demnate, Maghribi, pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Seramai 24 penumpang terbunuh selepas sebuah bas penumpang hilang kawalan lalu terbalik di tengah Maghribi pada Ahad, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Afrika Utara, MAP.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke pasar mingguan sebelum terbalik ketika melalui selekoh di wilayah tengah Azilal.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan dan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

November lalu, 11 orang terbunuh manakala 43 lagi cedera apabila sebuah bas terbalik berhampiran bandar Taza di timur Maghribi.

Nahas jalan raya meragut sekurang-kurangnya 3,200 nyawa setiap tahun di Maghribi, menurut Agensi Kebangsaan bagi Keselamatan Jalan Raya negara itu. - Bernama