Bayern mungkin lupakan khidmat Kane

Harry Kane - Foto: Agensi
Harry Kane - Foto: Agensi
A
A
A

BAYERN Munich mungkin mengalih tumpuan kepada pemain lain setelah usaha untuk mendapatkan pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane semakin samar.

Ia susulan keengganan pengerusi Spurs, Daniel Levy melayan tawaran Bayern sebaliknya terbang ke Amerika Syarikat menyertai keluarganya bercuti di Miami, lapor media Jerman.

Sebaliknya menurut satu laporan, Levy dijangka mahu mengadakan perbincangan bersama Joe Lewis yang memiliki sebahagian besar Spurs, di Florida.

Bayern membuat bidaan terakhir bernilai 86 juta pound (RM497.31 juta) sambil mengharapkan jawapan segera daripada Spurs.

Bagaimanapun Bayern tidak boleh menunggu lebih lama dan mungkin terpaksa melupakan Kane.

Sasaran Spurs seterusnya ialah pemain Juventus, Dusan Vlahovic.

Bayern juga tidak mungkin memenuhi permintaan Levy yang meletakkan harga 100 juta pound (RM578.27 juta) ke atas Kane.

Kane dan keluarga yang sudah teruja untuk berhijrah ke Munich menjadi sasaran penting jurulatih Bayern, Thomas Tuchel.

Sedar bahawa juara Jerman itu tidak akan memenuhi permintaan Levy, Tuchel mencari alternatif menerusi Vlahovic dan pemain Perancis, Randal Kolo Muani.

Bayern sebelum ini membawa masuk pemain Napoli, Kim Min-jae tetapi tumpuan utama mereka ialah menggantikan Robert Lewandowski di jentera serangan.