[VIDEO] Kembara Mahkota Johor 2023 dipimpin TMJ bermula

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Besar Khaleeda menadah tangan membaca doa pada majlis pelepasan Kembara Mahkota Johor 2023 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Sabtu. - Gambar Royal Press Office
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Besar Khaleeda menadah tangan membaca doa pada majlis pelepasan Kembara Mahkota Johor 2023 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Sabtu. - Gambar Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 buat julung kalinya dipimpin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermula hari ini.

Menurut hantaran Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, jelajah itu kembali diadakan selepas tiga tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik Covid-19 sejak 2019.

Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibrahim.

Turut berangkat sama Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Turut berangkat menyaksikan majlis pelepasan KMJ 2023 di Istana Pasir Pelangi, hari ini ialah Tunku Tun Aminah Ibrahim.

Bagi Jelajah KMJ Edisi Ke-23 ini, merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer.
Bagi Jelajah KMJ Edisi Ke-23 ini, merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer.

Acara pelepasan konvoi Diraja Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini dengan disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

KMJ merupakan ilham Sultan Ibrahim pada tahun 2001 sewaktu baginda ialah Tunku Mahkota Johor, bagi menyelami denyut nadi rakyat jelata.

Sejak itu, KMJ telah menjadi salah satu acara utama tahunan negeri Johor dan telah merapatkan perhubungan Istana Johor di hati rakyat.

Bagi Jelajah KMJ Edisi Ke-23 ini, merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer.

..............................................................................................................................................

Konvoi KMJ berkenan santuni rakyat

JOHOR BAHRU - Konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 yang dipimpin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim Iskandar, tiba ke lokasi pertama di Kulim Eco-Trail Retreat (KERT), Kampung Ayer Putih, Ulu Tiram di sini, pada 9.30 pagi.

Tunku Ismail yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda pada konvoi Diraja berkenaan, ditemani isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abd Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Sebaik tiba ke lokasi, Tunku Ismail serta konvoi Diraja, disajikan persembahan tarian diikuti persembahan solat daripada dua atlet pencat silat Sukan Malaysia (Sukma) negeri Johor, Muhammad Azri Farhan Mohd Azli dan Maizal Mazli Mansor.

Kedua-dua atlet berkenaan nyata teruja apabila kali pertama melakukan persembahan di hadapan keluarga kerabat Diraja Johor.

“Kami sejak malam tadi tidak lena tidur apabila memikirkan saat nak buat persembahan hari ini.

“Syukur selepas hampir seminggu berlatih, hari lega sebab kami dapat lakukan dengan baik,” kata mereka.

Tunku Ismail kemudiannya berkenan menyempurnakan pelepasan pertandingan bot nelayan dan menyaksikan permainan alat kawalan jauh 4X4.

Sementara itu, Tunku Idris dan Tunku Abu Bakar pula berkenan menyaksikan permainan alat kawalan jauh jenis kapal terbang serta menyempurnakan pelepasan bagi acara tarik tali.

Seterusnya, Tunku Abdul Rahman pula berkenan menyempurnakan aktiviti memanah serta menyampaikan hadiah pertandingan push bike kepada pemenang kanak-kanak.

Konvoi KMJ 2023 kemudiannya meneruskan perjalanan sejauh 42 kilometer ke lokasi kedua iaitu di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi.