Sila log masuk terlebih dahulu.

[SINAR LIVE] Tidak gentar lawan calon 'heavyweight'

01 Ogos 2023 | Sinar Live Video
A
A
A
Batu Tiga antara Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi tumpuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini kerana kedudukannya sebagai kerusi panas melibatkan pertandingan tiga penjuru.

Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan calon 'heavyweight' mereka, Datuk Seri Rina Harun sangat yakin Ketua Srikandi Bersatu Malaysia itu bakal menjadi pilihan pengundi.

Namun begitu, kewibaan dua lagi calon, Danial Al Rashid Haron yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Cheda Razak dari Muda pastinya tidak boleh dipertikaikan.

Mereka antara anak muda terpelajar yang berdaya saing dan dijangka mampu membawa perubahan kepada Batu Tiga.

Saksikan Sinar Live bersama dua calon ini SEKARANG di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/808994124283219/

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=0n1WepSIR1I

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1686353433354485760

#SinarHarian #SinarLive #PilihanRayaNegeri #KuasaRakyat