Pingat perak ceriakan kem negara di Chengdu

Kimberly (kiri) dan Ker Ying menyumbang pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirima.
Kimberly (kiri) dan Ker Ying menyumbang pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirima.
A
A
A

SKUAD terjun menceriakan kontinjen Malaysia apabila menyumbang pingat perak acara 3 meter (m) papan anjal seirima dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China pada Jumaat.

Kejayaan itu diraih menerusi gadingan Kimberly Bong dan Ong Ker Ying sekali gus memperbaiki pencapaian pingat gangsa yang pernah dimenangi oleh Malaysia di Universiade Shengzen 2011.

Kimberly dan Ker Ying beraksi konsisten melengkapkan lima terjunan dengan mengumpul 257.82 mata dalam saingan yang berlangsun di Jiangyang Cultural and Sports Center Natatorium.

“Sangat teruja, gembira dan amat berpuas hati kerana kami tak pernah berganding sama.

“Sempat berlatih bersama dalam dua minggu sahaja dan sewaktu di sini (Chengdu). Mungkin sebab memang sudah ada 'chemistry' kami berdua, jadi 'outcome' sangat baik,” ujar Kimberly.

Kimberly (kiri) dan Ker Ying menyumbang pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirima.
Kimberly (kiri) dan Ker Ying menyumbang pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirima.

Acara tersebut diungguli penerjun China menerusi pasangan Chen Jia dan Yang Ruiilin yang memungut 330.75 mata untuk meraih emas.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan penerjun Itali, Neroni Elettra dan Borello Matildo dengan 237.30 mata.

Kejayaan cemerlang itu melengkapkan pencapaian warna pingat buat kontinjen Malaysia di Universiade Chengdu dengan masing-masing satu pingat emas dan perak serta empat gangsa.