Tun M dirawat di IJN kerana alami jangkitan

Dr Mahathir turut meneliti beberapa fail.
Dr Mahathir turut meneliti beberapa fail.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak Selasa lalu kerana mengalami jangkitan.

Menerusi dua keping gambar yang dikongsi Pejabat Dr Mahathir pada Khamis, Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM) itu kelihatan berada dalam keadaan stabil.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dilihat menulis surat dan meneliti beberapa fail di wad beliau ditempatkan.

Sebelum ini tular di media sosial kononnya Dr Mahathir sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di IJN.

Dr Mahathir pada Januari tahun lalu pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari selepas menjalani prosedur perubatan elektif.

Difahamkan Dr Mahathir dijangka dibenarkan keluar daripada IJN pada pagi Jumaat.