Sila log masuk terlebih dahulu.

Anwar, Riza mengadap Sultan Kedah tiada kaitan REE

03 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 OGOS 2023

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kehadiran seorang ahli perniagaan Indonesia ke Kedah, tiada kaitan dengan permohonan melombong unsur nadir bumi (REE), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tujuan kedatangan ahli perniagaan dikenali sebagai Mohamad Riza Chalid itu adalah sebenarnya bagi menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Menurutnya, tiada sebarang permohonan berkaitan REE dibuat seperti dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Artikel: https://go.sinar.la/45dgEB4

Muzik: www.bensound.com