RM30,000 sudah dikumpul bantu ringan beban Kenneth

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KIRA-KIRA RM30,000 dikumpulkan bagi membantu bekas pemain skuasy kebangsaan, Mohamad Kenneth Low Abdullah yang kini terpaksa bekerja sebagai tukang cuci untuk menampung kehidupan sehariannya.

Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro berkata, jumlah itu dikumpul hasil sumbangan bekas pemain skuasy dan orang awam yang peka terhadap nasib dialami Kenneth.

“Ramai yang membantu selepas berita mengenainya keluar.

Kita juga buat tabung untuknya supaya boleh mengumpul derma.

“Bukan (tabung) daripada SRAM, tetapi seperti (sumbangan) orang awam dan bekas pemain (skuasy).

Sejak laporan (berita) keluar, sudah ada kira-kira RM30,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman mengenai penaja baharu Kejohanan Skuasy Kebangsaan yang bermula 2 hingga 6 Ogos ini.

Pada Selasa lalu, Sukan Sinar melaporkan Kenneth mengalami masalah kesihatan akibat strok dan dilaporkan tidak mempunyai wang untuk melakukan ujian kesihatan bagi menentukan tahap kerosakan pada otaknya.

“Sedih dengan apa yang berlaku kepada Kenneth.

Dia datang berjumpa saya hujung tahun lalu dan kita cuba untuk dapatkan rawatan dan pada masa ini, dia akan bertemu pakar di Hospital Selayang,” jelas Gerard.