Lapan lelaki ditahan kes gaduh depan restoran

Rakaman insiden pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah tular di media sosial.
Rakaman insiden pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah tular di media sosial.
A
A
A

AMPANG - Polis menahan lapan lelaki disyaki terlibat kes pergaduhan di depan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua individu berusia 19 hingga 33 tahun itu ditahan secara berasingan bermula jam 11 malam Selasa hingga awal pagi Rabu.

“Kita turut merampas topi keledar dan kerusi yang digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Azam berkata, punca pergaduhan adalah disebabkan tindakan sindir menyindir oleh salah satu daripada dua kumpulan kelab motosikal yang terlibat dalam pergaduhan itu, yang rakamannya turut tular menerusi aplikasi TikTok.

"Semakan lanjut mendapati dua daripada lapan individu yang ditahan itu mempunyai kesalahan lampau atas kes dadah dan jenayah.

"Kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.