Bintang muda 19 tahun taruhan Chelsea

Ugochukwu
Ugochukwu
A
A
A

CHELSEA menandatangani pemain tengah remaja, Lesley Ugochukwu dari kelab Ligue 1 Perancis, Stade Rennes dengan kontrak tujuh tahun dengan pilihan setahun lagi, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Butiran kewangan perjanjian itu tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan bahawa The Blues telah membayar Rennes kira-kira 27.5 juta Euro untuk khidmat bintang muda berusia 19 tahun itu.

Ugochukwu, pemain Perancis bawah 19 tahun, adalah pemain kesebelasan tetap di Rennes musim lalu, membantu kelab itu menduduki tempat keempat dalam liga utama Perancis dan mara ke peringkat kalah mati Liga Europa.

"Kami gembira Lesley menyertai Chelsea. Dia adalah pemain muda yang mengagumkan yang telah mencipta kejayaan dalam Ligue 1.

"Dia mempunyai potensi yang besar dan kami tahu dia akan terus berkembang dan bertambah baik.

"Kami gembira dia telah menyertai kami (dalam lawatan) di Amerka Syarikat dan dia akan dapat berintegrasi dengan skuad dengan cepat," kata pengarah sukan bersama Chelsea, Laurence Stewart dan Paul Winstanley kepada laman web kelab.

Sebagai rekod, Ugochukwu menyertai sistem belia Rennes pada usia lapan tahun dan membuat penampilan sulung seniornya sejurus selepas hari jadinya yang ke-17, menjadi pemain sulung keempat termuda kelab itu pada masa itu