Konstabel tembak mati pegawai kanan, tiga penumpang kereta api

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Empat orang maut dalam kejadian tembakan dalam sebuah kereta api yang sedang bergerak di negeri Maharashtra, India pada Isnin.

Suspek, iaitu seorang konstabel Pasukan Perlindungan Kereta Api, telah ditahan.

Mangsa yang maut ialah seorang pegawai kanan polis dan tiga penumpang.

Kedua-dua pegawai berkenaan sedang bertugas mengawal keselamatan dalam kereta api yang dalam perjalanan dari bandar Jaipur ke Mumbai, menurut laporan media tempatan.

Seorang pegawai polis memberitahu media bahawa suspek merupakan seorang yang 'panas baran'.

"Dia hilang sabar dan menembak pegawai kanannya, kemudian melepaskan tembakan ke arah sesiapa yang dilihatnya,” kata seorang pegawai tertinggi Pasukan Perlindungan Kereta Api dipetik sebagai berkata dalam laporan dalam talian NDTV. - Bernama