'Joker' Jepun dipenjara 23 tahun serang penumpang kereta api

Kyota Hattori (kiri) semasa cubaan melakukan serangan penumpang kereta api di Tokyo pada tahun 2021. - Foto Agensi
Kyota Hattori (kiri) semasa cubaan melakukan serangan penumpang kereta api di Tokyo pada tahun 2021. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Seorang lelaki yang menyerang penumpang dalam kereta api Tokyo pada malam Halloween pada 2021 sambil berpakaian seperti watak 'Joker' dijatuhi hukuman penjara 23 tahun.

Mahkamah Daerah Tokyo cawangan Tachikawa menjatuhkan hukuman itu ke atas Kyota Hattori, 26, yang didakwa atas kesalahan cubaan membunuh dan membakar.

Dia mengaku menikam seorang penumpang lelaki dan mencetuskan kebakaran pada kereta api ekspres yang sedang bergerak.

Pendakwa raya menuntut Haattori dipenjara 25 tahun, dengan alasan bahawa dia merancang untuk membunuh penumpang dalam kereta api tersebut.

Bagaimanapun peguam belanya, menuntut hukuman penjara 12 tahun dengan menyatakan Hattori tidak berniat membunuh 12 penumpang dan menyimbah cecair pemetik api dalam kereta api Keio Line pada jam 8 malam (waktu tempatan) pada 31 Oktober 2021.

Semasa perbicaraan, Hattori berkata, dia mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai untuk menerima hukuman mati kerana merasakan hidupnya tidak lagi bermakna.

Beliau berkata, tindakannya diilhamkan oleh serangan pisau rambang hampir sama pada Ogos tahun yang sama ke atas kereta api Odakyu Electric Railway di mana seorang lelaki menikam tiga penumpang.

Penyerang itu dijatuhi hukuman penjara 19 tahun pada 14 Julai. - Agensi