Sila log masuk terlebih dahulu.

Tukang masak hadapi tujuh pertuduhan rogol, liwat, amang seksual pelajar bawah umur

31 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 31 JULAI 2023

Seorang tukang masak dituduh di Mahkamah Sesyen Muar pada Isnin atas tujuh pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis bawah umur antara Mei hingga Jun tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Zulhazreen Shah Zulkufli bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh berdepan tiga pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun.

Dia turut berdepan satu pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/271104/berita/semasa/tukang-masak-hadapi-7-pertuduhan-rogol-liwat-pelajar-tingkatan-tiga

Muzik: Bensound.com