Sila log masuk terlebih dahulu.

Anak Tan Sri Isa Samad berkempen seperti calon lain

31 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 31 JULAI 2023

Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan yang beliau menggunakan populariti ayahnya semata-mata untuk meraih undi sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Mohd Najib yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri(DUN) Bagan Pinang, Port Dickson berkata, jika bersandarkan kepada nama ayahnya saja ia langsung tidak dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

Menurutnya, beliau tetap perlu turun berkempen sama seperti calon lain memperkenalkan diri kepada pengundi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270966/Najib-nafi-guna-populariti-ayah-raih-undi

Muzik: Bensound.com