Saint-Maximin tinggalkan Newcastle untuk Al-Ahli

Saint-Maximin (kiri) jentera baharu Al-Ahli.
Saint-Maximin (kiri) jentera baharu Al-Ahli.
A
A
A

PEMAIN sayap Perancis, Allan Saint-Maximin meninggalkan Newcastle United bagi menyahut cabaran bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli dengan perjanjian tiga tahun, kata kedua-dua kelab.

"Kami memilih yang terbaik, dan dia salah seorang daripada mereka," kata Al-Ahli.

Bagaimanapun, kedua-dua itu tidak mendedahkan yuran perpindahan pemain berusia 26 tahun tersebut, yang menyertai Newcastle United dari kelab Ligue 1 Nice Perancis pada 2019.

Saint-Maximin, 26, akan bergandingan dengan bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Roberto Firmino (Liverpool), Edouard Mendy (Chelsea) dan Riyad Mahrez (Manchester City) di Al-Ahli.

Saint-Maximin diketepikan daripada jelajah pra musim Newcastle United di Amerika Syarikat, dengan pengurus Eddie Howe berkata, kelab itu terpaksa menjual pemain semasa jendela ini berikutan Perbelanjaan Kewangan Adil (FFP)

Sebagai rekod, Public Investment Fund (PIF), yang merupakan entiti pelaburan milik Arab Saudi, masing-masing memiliki 75 peratus dan 80 peratus Al-Ahli dan Newcastle United.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Saint-Maximin menyertai senarai nama berprofil tinggi yang semakin meningkat untuk berpindah ke Timur Tengah, dengan pemenang Ballon d'Or Karim Benzema, N'Golo Kante dan Ruben Neves antara mereka yang mengikuti jejak Cristiano Ronaldo, yang berpindah ke Al- Nassr pada Januari.