Kekasih dari neraka penggal kepala teman lelaki

Schabusiness tidak menunjukkan sebarang reaksi penyesalan ketika dihadapkan ke mahkamah. - Foto Agensi
Schabusiness tidak menunjukkan sebarang reaksi penyesalan ketika dihadapkan ke mahkamah. - Foto Agensi
A
A
A

MADISON - Seorang wanita di negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) disabit bersalah membunuh dan memenggal kepala teman lelakinya sebelum membuang bahagian tubuh mangsa di pelbagai tempat.

Barisan Juri Brown County mendapati Taylor Schabusiness bersalah atas tuduhan membunuh, penderaan seksual tahap ketiga dan mencacatkan mayat dalam pembunuhan Shad Thyrion, 24, pada Februari tahun lalu.

Menurut pihak berkuasa, Schabusiness, 25, melakukan perbuatan kejam itu di bawah pengaruh dadah di rumah ibu mangsa di Green Bay.

Dalam hujah penutupnya, Peguam Daerah Brown County, David Lasee menyebut bahawa kes itu sebagai pelik.

"Kes ini memang pelik tetapi tanpa keraguan munasabah, dialah (Schabusiness) yang menyebabkan kematian Shad Thyrion," kata Lasee.

Perbicaraan Schabusiness kini beralih ke fasa kedua untuk menentukan sama ada wanita itu mengalami penyakit mental dan harus dirujuk ke institusi mental atau disumbat ke dalam penjara.

Peguam bela Schabusiness sebelum ini menegaskan wanita tersebut tidak bersalah kerana gila.

Schabusiness dituduh membunuh Thyrion dengan mencekik mangsa ketika sedang melakukan hubungan seks.

Wanita tersebut kemudian memotong zakar mangsa dan membuangnya ke dalam baldi serta berasmara dengan mayat lelaki malang itu selama tiga jam.

Rekod mahkamah menyatakan bahawa dia menggunakan pisau dari dapur rumah untuk memenggal kepala dan mengerat mayat mangsa. - Agensi