Yakin dua negeri milik BN-PH - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) bersama kepimpinan UMNO Kelantan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan DUN Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan.
Ahmad Zahid (tengah) bersama kepimpinan UMNO Kelantan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan DUN Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi di dua negeri yang sebelum ini diperintah Pas akan membuat pusingan dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau berkata, Terengganu pernah diperintah begitu lama oleh BN, kemudian diperintah Pas.

“Keadaan sama berlaku di Kedah. Insya-ALLAH, dua negeri ini akan ‘swing back’.

"Cuma, Kelantan sahaja bukan negeri yang ‘swing state’ kerana ia sebuah negeri yang sangat taasub kepada sebuah parti yang menjanjikan 'syurga'," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan, di sini.

Menurut Ahmad Zahid, syurga adalah hak ALLAH untuk menentukannya, tugas itu didakwa diambil alih oleh pemimpin parti itu.

Beliau berharap jangan hanya beri harapan kerana rakyat mahu keseimbangan antara aspek duniawi dan ukhrawi yang perlu dipertahankan.

Ujarnya, paling penting adalah pembangunan perlu dibawa ke Kelantan selepas ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!