Sila log masuk terlebih dahulu.

Eddin Syazlee, Bibi Sharliza tanding DUN Juasseh

29 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 29 JULAI 2023

Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith dan Barisan Nasional (BN) Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingan dalam pilihan raya ini membabitkan calon dari kerajaan perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mempertaruhkan 19 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 17 kerusi.

Manakala Perikatan Nasional mengumumkan 36 calon yang mana salah seorang daripadanya adalah Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin syazlee shith.

Menariknya kali ini ada calon anak beranak dan sepupu membabitkan calon DUN Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dengan anaknya Mohd Najib Mohd Isa yang bertanding di kerusi DUN Bagan Pinang, masing masing mewakili BN.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270743/berita/politik/prn-eddin-syazlee-teruja-bertanding-dengan-rakan-sekampung

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #PilihanRayaNegeri

#PenamaanCalon #kuasarakyat #PRN2023