Lebih 1,000 penyokong iringi calon PN

Sebahagian penyokong PN yang hadir mengiringi calon
Sebahagian penyokong PN yang hadir mengiringi calon
A
A
A

KUALA NERANG - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan calon DUN Kuala Nerang, Munir@ Mohamad Yusof Zakaria tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi lebih 1,000 penyokong.

Penyokong berpakaian serba biru dengan membawa sepanduk Perikatan Nasional (PN) berarak sejauh empat kilometer dari Pekan Kuala Nerang.

Perarakan turut disertai Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Abd Hamid.

Munir (lima dari kiri) dan Mohd Radzi (empat dari kanan) tiba untuk penamaan calon di Pejabat Daerah, Tanah dan Majlis Daerah Padang Terap.
Munir (lima dari kiri) dan Mohd Radzi (empat dari kanan) tiba untuk penamaan calon di Pejabat Daerah, Tanah dan Majlis Daerah Padang Terap.