Pengguna perlu tahu tips jimat penggunaan tenaga elektrik

A
A
A

No Image Caption

Fenomena bahang cuaca yang melanda Semenanjung negara sejak April lalu disebabkan pemanasan permukaan bumi, akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan pada 13 April, berkata suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius membabitkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang. (Sinar Harian: 13 April 2023)

No Image Caption

TNB tampil memberi pencerahan mengenai isu kenaikan bil elektrik kepada pengguna.

No Image Caption

Jelas TNB, fenomena cuaca panas yang melanda negara dari April hingga Ogos, yang menyumbang kepada peningkatan penggunaan elektrik, sejak musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

TNB juga memaklumkan tiada perubahan mahupun kenaikan tarif dilakukan kepada kadar tarif sedia ada yang dikenakan kepada pengguna setakat ini.

Peningkatan penggunaan tenaga ini terutamanya disebabkan oleh penggunaan penyaman udara dan kipas yang lebih kerap akibat cuaca yang lebih panas. Akibatnya, blok tarif yang lebih tinggi dikenakan, menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi lebih tinggi berbanding kebiasaannya.

Menurut TNB, blok tarif ini tidak berubah sejak ditetapkan pada kadar sedia ada pada tahun 2014.

Justeru itu, TNB mengajak pengguna untuk mengoptimumkan pengguna tenaga elektrik bagi memastikan tiada peningkatan ketara dalam bil elektrik mereka.

No Image Caption

Antara perkara mudah yang boleh diamalkan adalah mematikan suis peralatan elektrik jika tidak digunakan. Sebagai contoh sekiranya tiada orang di dalam bilik matikan suis lampu atau kipas. Tutup suis komputer atau televisyen selepas selesai kerja dan menonton.

No Image Caption

Selain itu, menghidupkan kipas pada waktu malam membantu pengudaraan yang baik di dalam bilik Gunakan pemasa dan tetapkan suhu penyaman udara pada 24°C bagi penjimatan elektrik.

No Image Caption

Pengguna juga digalak memilih peralatan elektrik dengan label cekap tenaga empat atau lima bintang seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.

No Image Caption

Di samping itu, pengguna disaran menyenggara penyaman udara dengan kerap bagi membolehkan ia beroperasi pada tahap optimum.

Selain bersihkan penapis udara agar udara sejuk dapat keluar dengan lebih lancar.

No Image Caption

Pengguna dinasihatkan untuk memantau penggunaan elektrik secara langsung melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau aplikasi myTNB.

Mengenai langkah penjimatan elektrik pula, pengguna boleh melayari: www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energy-savings-tips/tips-tricks