Sila log masuk terlebih dahulu.

PN bincang kerusi Pulai, Simpang Jeram selepas PRN 

28 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Perikatan Nasional (PN) Johor akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, selepas Pilihan Raya Negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada 12 Ogos ini lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Kekosongan luar jangka di kedua-dua kawasan itu susulan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddian Ayub yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada Ahad lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat membabitkan ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) peringkat negeri itu dijangka berlangsung di Johor Bahru.

Bekas Menteri Besar itu memberitahu kekosongan kerusi di kedua-dua kawasan terbabit sudah dimaklumkan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mesyuarat Bersatu pusat pada Rabu.

Artikel: http://bitly.ws/Ppe7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian