PDRM laksana enam operasi khas jalan raya

Operasi akan memberi tumpuan di kawasan kerap berlaku kemalangan dan ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.
Operasi akan memberi tumpuan di kawasan kerap berlaku kemalangan dan ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan enam operasi bagi mendidik dan pertingkat kesedaran pengguna jalan raya.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, tindakan pematuhan peraturan lalu lintas itu meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas dan Op Garisan Putih.

Mohd Nasri
Mohd Nasri

"Selebihnya ialah Op Parkir Haram dan kempen Op Didik.

"PDRM melalui JSPT akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna kenderaan di seluruh negara bagi mendidik dan memberi kesedaran agar mematuhi undang-undang lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi itu dilaksanakan secara penguatkuasaan di semua kontinjen dan daerah dengan memberi tumpuan di kawasan berlakunya kekerapan kemalangan serta ketidakpatuhan peraturan lalu lintas.

JSPT menyeru masyarakat untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain.
JSPT menyeru masyarakat untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain.

Katanya, PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

"Kerjasama orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain," ujarnya.