Sultan Johor terima kunjungan Presiden Filipina

Sultan Ibrahim menerima kunjungan Marcos Jr di Istana Bukit Serene Johor Bahru pada Khamis.
Sultan Ibrahim menerima kunjungan Marcos Jr di Istana Bukit Serene Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima kunjungan Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr, pada Khamis.

Sebelum itu, Marcos Jr tiba di Istana Bukit Serene pada jam 5 petang dengan diiringi isteri, Louise Araneta-Marcos

Ketibaan Presiden Filipina dan isteri, disambut mesra Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Marcos Jr merupakan sahabat karib Sultan Ibrahim yang dikenali sejak zaman latihan ketenteraan di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat.

Marcos Jr dan isteri bersama tetamu-tetamu kehormat kemudian diraikan dalam satu majlis santapan minum petang bersama Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Marcos Jr dilantik sebagai Presiden Filipina ke-17 pada Jun tahun lalu.