Sila log masuk terlebih dahulu.

Bantuan khas buat kepada penjawat awam, pesara

27 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 27 JULAI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

"Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini pada Khamis.

Tonton video penuh di atas.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/270323/berita/nasional/bantuan-khas-rm300-kepada-penjawat-awam-rm200-pesara