Sila log masuk terlebih dahulu.

Saksi beritahu PU Azman buat oral seks terhadap anak murid

26 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Saksi beritahu PU Azman buat oral seks terhadap anak murid

BERITA MOJO 27 JULAI 2023

Perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias diteruskan dengan keterangan daripada tiga saksi bergelar ustazah termasuk penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Saksi ketujuh yang juga merupakan bekas guru kepada mangsa memberitahu yang tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa sehingga mengeluarkan air mani serta diminta untuk bercium.

Pada masa sama, dia juga mendedahkan yang anaknya berusia 20 tahun turut menjadi mangsa tertuduh ketika penceramah terbabit datang ke rumahnya.

Sementara itu, Isfadiah dalam keterangannya pula memaklumkan yang dia membuat keputusan merujuk kes terbabit kepada Firdaus Wong Wai Fung kerana beliau seorang yang berani dan boleh dipercayai.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/270163/Saksi-dedah-PU-Azman-buat-oral-seks-terhadap-anak-murid

#BeritaMojo #SinarHarian