Harris Baba terbangkan Armada Band ke Sabah

Konsert Armada – Janji Bahagia akan diadakan di Sabah International Convention Centre pada 4 November 2023 jam 8 malam. Gambar kenan: Harris Baba
Konsert Armada – Janji Bahagia akan diadakan di Sabah International Convention Centre pada 4 November 2023 jam 8 malam. Gambar kenan: Harris Baba
A
A
A

PERSONALITI Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan Indonesia, Armada Band ke Sabah bagi mengadakan konsert di sana.

Berlangsung pada 4 November depan, jam 8 malam, konsert Armada – Janji Bahagia akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah).

Konsert ini merupakan projek pertama Harris bersama isteri, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.

Berkongsi pemilihan Armada Band, Harris berkata, kumpulan itu antara kumpulan Indonesia yang popular dan banyak lagu-lagu mereka dikenali di Sabah.

“Kami berharap mendapat sokongan daripada peminat-peminat Armada Band di Sabah sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan menggalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.

"Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan buat penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada Band secara live," katanya yang sedang meneliti beberapa nama penyanyi tempatan Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan pada konsert ini.

Armada Band
Armada Band

Armada yang diangotai Rizal Adi selaku vokalis, Meri Yandi (pemain drum) dan Andika Maihendra (pemain gitar) akan menyampaikan 18 buah lagu.

Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi.

Tiket telah mula dijual di www.myticket.asia pada 24 Julai lalu bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet).

Untuk informasi terkini anda juga boleh ke Instagram dan Facebook @jeeharriscorporation.