Filem Pulau catat sejarah di Kemboja

Penerbit dan barisan filem Pulau meraikan kejayaan filem itu di Kemboja
Penerbit dan barisan filem Pulau meraikan kejayaan filem itu di Kemboja
A
A
A

FILEM Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu pada 22 Jun lalu.

WebTVAsia, syarikat terkemuka dalam ekonomi pencipta Asia dan studio kandungan premium dengan kerjasama Westec Media iaitu pengedar filem terbesar di Kemboja mengumumkan filem tersebut juga memegang rekod untuk pembukaan paling besar pada hari pertama, hujung minggu pembukaan, minggu kedua dan minggu ketiga bagi filem Malaysia di Kemboja.

Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau juga dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia.

Filem seram lakonan Amelia Handerson, Alif Satar dan Ikmal Amry itu turut ditayangkan di Vietnam (juga menjadi filem Malaysia dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa), Indonesia, Singapura dan Brunei.

Memanfaatkan kejayaan Pulau di Kemboja, WebTVAsia dan Westec Media menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengkarya digital bersijil YouTube pertama di Kemboja di bawah payung MCN WebTVAsia.

Kerjasama WebTVAsia-Westec Media menandakan era baharu peneraju hiburan Malaysia di Kemboja dan rantau ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!