Sila log masuk terlebih dahulu.

Kontraktor rumput tiruan didakwa tipu bekas guru

25 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 25 JULAI 2023

Seorang kontraktor rumput tiruan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa atas pertuduhan menipu bekas gurunya bagi mendapatkan geran bantuan usahawan yang tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM300,000, tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Syafiq Harun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Syafiq didapati menipu seorang wanita berusia 43 tahun bagi mendapatkan wang dengan menawarkan geran SME Corp yang tidak wujud.

Tertuduh telah meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak 14 transaksi berjumlah RM310,500 ke dua akaun bagi mendapatkan geran berkenaan.

Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/269971/berita/semasa/kontraktor-rumput-tiruan-didakwa-tipu-bekas-guru

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian