Lima markah daripada 10 penilaian yang adil: Maszlee

Dr Maszlee (tengah) beramah mesra dengan para pelajar selepas Majlis Himpunan Keluarga Besar Kementerian Pendidikan hari ini. -Foto Bernama
Dr Maszlee (tengah) beramah mesra dengan para pelajar selepas Majlis Himpunan Keluarga Besar Kementerian Pendidikan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Markah lima daripada sepuluh yang diberikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap prestasi menteri Kabinet bagi tempoh satu tahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) adalah satu penilaian yang adil, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Katanya sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, Dr Mahathir tentunya lebih tahu tentang markah yang diberikan.

"Ia penilaian yang agak adil daripada seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam pemerintahan kerana beliau sangat konservatif,” katanya apabila diminta mengulas penilaian Dr Mahathir yang memberikan markah lima daripada 10 bagi prestasi para menteri selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan di sini.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata kebanyakan menterinya orang baru dan kurang berpengalaman ketika mereka mula-mula dilantik ke jawatan masing-masing tetapi kini mereka telah banyak belajar.

Berhubung pengakuan Dr Mahathir bahawa program matrikulasi diwujudkan sebagai "pintu belakang" buat orang Melayu memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Maszlee berkata kenyataan itu menjurus kepada asal usul penubuhan matrikulasi pada 1999 untuk meningkatkan bilangan Bumiputera mengambil jurusan sains di universiti awam. -Bernama

Artikel Berkaitan: