Sila log masuk terlebih dahulu.

Ismail Sabri saran kerajaan perincikan peruntukan RM25 juta

23 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Ismail Sabri saran kerajaan perincikan peruntukan RM25 juta

MOJO LIVE 23 JULAI 2023

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan kerajaan memperincikan pelaksanaan peruntukan RM25 juta bagi menampung kos rawatan penyakit jarang jumpa yang memerlukan jutaan ringgit, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan juga pernah dicadangkan pada zaman pentadbirannya dan ia juga sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet serta dibentangkan pada Belanjawan 2023 sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, beliau prihatin dengan keadaan Sufi Syafrina dan berharap orang ramai dan semua pihak dapat terus membantu bayi berusia enam bulan itu.

Beliau juga akan menulis surat secara rasmi kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa untuk meminta kerajaan membantu bayi ini melalui peruntukan berkenaan.

#MojoLive #BeritaMojo #SinarHarian