Anwar yakin PH-BN mampu tawan 5 negeri

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi lima negeri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan diyakini mampu dipertahan.

Tambah beliau, ketika ini dua negeri tambahan diyakini mampu untuk ditawan daripada parti lawan iaitu Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan negeri yang mampu ditawan tersebut.

“Setakat ini, tiga negeri ini kukuh mantap bertahan. Dan, bulan lalu saya sebut satu negeri lagi.

“Sekarang saya nak sebut, hampir dua negeri kita boleh tawan. Syaratnya, kita tumpu perhatian dalam kempen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi PH itu yakin mampu mengekalkan ketiga-tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN.

Dalam kenyataan lain, beliau berkata, PH dan BN juga mampu menang pada PRN Kedah sekiranya kedua-dua ahli parti itu dapat menerima calon yang dipilih pimpinan gabungan berkenaan.

Senarai calon PKR PRN Selangor

N09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri

N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam

N11 Ijok: Amidi Abdul Manan

N14 Rawang: Chua Wei Kiat

N16 Sungai Tua: Dato' Seri Amirudin Shari

N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli

N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin

N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

N25 Kajang: David Cheong

N32 Seri Setia: Fahmi Ngah

N33 Taman Medan: Ahmad Akhir Paw

N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei

N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman

N39 Kota Damansara: Amin bin Yazid

N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi

N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi

N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri

N48 Sentosa: Gunarajah R George

N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni

N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah