Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu rayu bantuan anak kembar sakit paru-paru kronik 

21 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pasangan kembar bayi perempuan seiras berusia enam bulan menderita masalah paru-paru kronik dan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM38,000 bagi membeli vaksin Sineges Palivizumab untuk meneruskan hidup mereka, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Ibunya, Erma Eafah Aisah Mat Napi, 35, mendedahkan tanpa vaksin tersebut nyawa anak kembarnya, Nur Alya Aleesya Mohd Syahmi dan Nur Aila Alysa berdepan risiko jangkitan virus RSV yang boleh membawa maut.

"Sejak dilahirkan pada Januari lalu sehinggalah hari ini, kedua-dua mereka masih lagi menerima rawatan di Hopsital USM (Hospital Universiti Sains Malaysia) kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/terkini

Muzik: Sad Day dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo