Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis lupus barang rampasan bernilai RM6.25 juta 

20 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Polis lupus barang rampasan bernilai RM6.25 juta

BERITA MOJO 20 JULAI 2023

Polis Negeri Sembilan melupuskan barang rampasan membabitkan jenayah kontraban dan bitcoin bagi tempoh 2018 hingga 2021 bernilai RM6.25 juta di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di Seremban, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Abd Khalid Othman berkata, barangan seperti rokok, arak tanpa cukai dan mesin bitcoin tersebut merupakan kes yang sudah selesai perbicaraan dan menerima arahan daripada mahkamah serta timbalan pendakwa raya untuk dilupuskan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/269146/Polis-lupus-barang-rampasan-RM6.25-juta

#BeritaMOJO #SinarHarian