Bayern belasah Rottach-Egern 27-0

Bayern garang dalam perlawanan pra musim membelasah Rottach-Egern 27-0.
Bayern garang dalam perlawanan pra musim membelasah Rottach-Egern 27-0.
A
A
A

BAYERN Munich memulakan perlawanan pra musim dengan penuh bergaya apabila membelasah kelab amatur divisyen sembilan Jerman, Rottach-Egern 27-0 di kem latihan mereka di Tegernsee, Jerman awal pagi Rabu.

Jamal Musiala, Marcel Sabitzer dan pemain muda berusia 18 tahun, Mathys Tel masing-masing meledak lima gol manakala Serge Gnabry menjaringkn tiga gol.

Raphael Guerreiro meledak dua gol dalam penampilan pertamanya bersama kelab itu selain Konrad Laimer, Alphonso Davies, Dayot Upamecano, Noussair Mazraoui, Ryan Gravenberch, Kingsley Coman, dan Sadio Mane turut menyumbang gol.

Bayern pernah menang dengan jaringan besar ke atas kelab itu pada 2019 dengan jaringan 23 gol.

"Kami perlu bertambah baik dan perlu bekerja keras. Ia meletihkan dan menuntut komitmen daripada pemain tetapi semua orang sudah bersedia.

"Hari ini adalah hari yang sangat baik. Sekarang kami masih mempunyai tugas di sini untuk dua hari lagi," katanya.

Selepas ini, Bayern akan meneruskan perlawanan pra musim di Jepun menentang Manchester City dan Kawasaki Frontale.