Remaja lelaki dilanda ombak dikhuatiri lemas

Operasi SAR dilakukan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Aru Menumbok. Gambar kecil: Haibil
Operasi SAR dilakukan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Aru Menumbok. Gambar kecil: Haibil
A
A
A

LABUAN - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ombak ketika mandi di pantai Tanjung Aru Menumbok di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Haibil Abdo, 17, dikatakan hilang ketika mandi bersama rakannya.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera diaktifkan pada Selasa.

"Menurut rakan mangsa, keadaan arus dan ombak yang kuat menyebabkan mangsa hanyut dan seterusnya hilang dalam kejadian itu.

"Laporan polis segera dilakukan dan usaha pencarian awal di lokasi gagal menemukan mangsa. SAR mangsa telah diaktifkan pada jam 1 tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, bot peronda Kilat 40 dari Zon Maritim Labuan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

"Bantuan aset daripada agensi lain juga telah dimohon untuk membantu dalam pencarian mangsa.

"Laut sekitar lokasi kejadian dalam keadaan kurang baik ketika ini dengan ombak setinggi 3.5 meter dan kelajuan angin mencapai 40 ke 50 kilometer per jam," katanya.