Sila log masuk terlebih dahulu.

'Pertuduhan dihadapi bertujuan jejaskan peluang saya dalam PRN' - Sanusi

18 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa pendakwaan terhadapnya bertujuan menjejaskan peluang beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, pendakwaan terhadapnya dilakukan terlalu pantas dengan hanya tiga hari siasatan.

Bahkan, katanya beliau juga ditahan oleh polis pada jam 3 pagi meskipun sebelum ini menegaskan sedia bekerjasama dan memberi jaminan akan hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi Selasa.

Tambah beliau, puluhan peguam menyatakan kesudian untuk membantunya dalam kes tersebut namun kesnya diketuai peguam, Datuk Shaharuddin Ali.

Jelasnya, kes tersebut akan disebut semula untuk penyerahan dokumen pada 4 Oktober dan beliau diikat jamin RM5,000 untuk setiap pertuduhan.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dalam ucapannya ketika ceramah di Selangor dikatakan telah mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan menteri besar.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan Muhammad Sanusi dan mendesak pemimpin Pas itu disiasat dan diambil tindakan tegas.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian