Tahanan lari dari hospital diburu

Nordin diburu polis selepas lolos dari wad kuarantin tibi, Hospital Sungai Bakap petang Isnin.
Nordin diburu polis selepas lolos dari wad kuarantin tibi, Hospital Sungai Bakap petang Isnin.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri di Hospital Sungai Bakap, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintende n Ng Ah Thiam berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.56 petang daripada seorang warden penjara.

Menurutnya, tahanan lelaki bernama Nordin Ahmad, 54, melarikan diri di Wad Kuarantin Tibi, Hospital Sungai Bakap.

"Semasa meloloskan diri, tahanan tersebut memakai kemeja t kelabu dan seluar pendek hitam.

"Berikutan kejadian itu, polis kini melancarkan OP Tutup bagi mengesan tahanan terbabit," katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Ah Tiam berkata, kerjasama orang awam amat diperlukan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan tahanan terbabit.

"Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Karthik di talian 016-6970009 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.