Baddrol bakal calon PN?

Baddrol melambaikan tangan kepada penyokong pada perlawanan Liga Super Sabah FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas malam tadi. - Foto Bernama
Baddrol melambaikan tangan kepada penyokong pada perlawanan Liga Super Sabah FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

BADDROL Bakhtiar berkemungkinan besar akan diumumkan sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Kedah.

Spekulasi itu bertiup kencang selepas Sabah FC mengumumkan Baddrol akan meninggalkan pasukan itu, namun tidak memaklumkan sebab pemain berusia 35 tahun itu meninggalkan kelab.

Baddrol juga telah beraksi perlawanan terakhir bersama Sabah FC dengan pasukan itu berjaya melakar kemenangan besar, 4-0 ke atas Sri Pahang FC sebagai hadiah perpisahan buat Baddrol pada Sabtu.

Namun, Baddrol masih belum mengumumkan hala tujunya selain meminta peminat mendoakan kejayaannya selepas ini.

"Pada malam ini bukan perlawanan terakhir saya dalam karier bola sepak. Saya tetap akan bermain selepas ini tetapi saya ada satu misi yang saya ingin lunaskan.

"Jadi, saya mengharapkan penyokong Sabah FC mendoakan kejayaan saya selepas ni.

"Mungkin dalam masa terdekat saya ataupun pihak pengurusan akan mengumumkan ke mana arah tuju selepas perlawanan malam ini," katanya.

Media juga melaporkan bahawa pengumuman Baddrol menyertai PN akan dibuat dalam masa terdekat.