Hoeness optimis Kane sertai Bayern

Kane - Foto Agensi
Kane - Foto Agensi
A
A
A

PRESIDEN Kehormat Bayern Munich, Uli Hoeness optimis kapten England, Harry Kane akan berpindah ke kelab itu dari Tottenham Spur pada musim panas ini.

Hoeness, bekas presiden Bayern yang baru-baru ini kembali berperanan sebagai penasihat memberitahu wartawan ketika sesi latihan pasukan pada Sabtu.

Beliau berkata, ahli lembaga pengarah Karl-Heinz Rummenigge dan ketua eksekutif Jan-Christian Dreesen kerap menghubungi Kane dan wakilnya.

“Buat masa ini Harry (Kane) dengan jelas dalam semua rundingan sudah ada keputusan dan jika ia kekal, kami akan memperolehnya,” kata Hoeness.

Kane dilaporkan sangat berminat menyertai Bayern pada musim panas ketika juara Bundesliga itu menimbang menawarkan bidaan ketiga untuk pemain itu, lapor EPSN awal minggu lalu.

Spurs menawarkan kontrak baharu tetapi Kane, 29, enggan melanjutkan kontraknya lapor satu sumber.

Hoeness berkata, Spurs tidak akan dapat menolak yuran 80 juta euro (RM474 juta) ke 90 juta euro (RM533 juta) untuk pemain itu yang hanya berbaki setahun kontrak dengan kelab itu dan Kane mahu beraksi di Liga Juara-Juara.

Spurs yang menduduki tangga kelapan Liga Perdana Inggeris musim lalu tidak layak beraksi di Eropah, manakala Bayern menjuarai Bundesliga.