Al-Ittihad kemuka tawaran dapatkan Fabinho

Fabinho
Fabinho
A
A
A

KELAB Liga Pro Saudi, Al-Ittihad telah mengemukakan tawaran £40 juta (RM237 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool, Fabinho.

The Reds dilaporkan sedang menimbangkan tawaran itu yang menyaksikan Fabinho diketepikan daripada sesi latihan pasukan yang kini berada di Jerman.

Keputusan di antara kelab dan Fabinho menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu dikeluarkan daripada senarai 32 pemain ke Jerman semalam.

Fabinho beraksi di Liverpool sejak Julai 2018 selepas Reds menandatanganinya dari Monaco dengan yuran £39 juta (RM231 juta).

Dia membantu kelab menjuarai Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Kelab Dunia.

Kapten Liverpool Jordan Henderson turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi bersama kelan Al-Ettifaq tetapi disenaraikan dalam pasukan.

The Reds sudah pun memperkasa bahagian tengah mereka susulan penjualan James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Mereka menandatangani pemain bintang Argentina Aexis Mac Allister, 24, dari Brighton serta kapten Hungary Dominik Szoboszlai, 22, dari RB Leipzig dan kini mencari pengganti Fabinho.