‘Saya selamanya pemain Ajax’ - Tadic

 Tadic - Foto: Agensi
Tadic - Foto: Agensi
A
A
A

PENYERANG kelahiran Serbia, Dusan Tadic akan meninggalkan Ajax Amsterdam serta-merta atas permintaannya, kata kelab Eredivisie Belanda itu.

Pemain berusia 34 tahun itu tiba di Ajax dari Southampton pada permulaan musim 2018/19.

Dia terus memenangi tiga kejuaraan liga dan menjulang Piala Belanda dua kali dengan 241 penampilan untuk kelab itu dan menjaringkan 105 gol.

“Keputusan untuk meninggalkan kelab adalah sangat sukar untuk dibuat. Namun, saya percaya ini adalah saat yang tepat.

“Saya akan selamanya menjadi pemain Ajax dan berharap untuk kembali ke Amsterdam tidak lama lagi, dalam peranan berbeza sebagai jurulatih,” kata Tadic dalam satu kenyataan.

Tadic tidak menyatakan rancangan segeranya selepas meninggalkan kelab itu.

Sebagai rekod, Feyenoord memenangi kejuaraan liga Belanda musim lalu, menamatkan 13 mata di hadapan Ajax di tempat ketiga.

PSV Eindhoven pula adalah naib juara menduduki tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara.