[VIDEO] Lebih sejuta rakyat terima manfaat Payung Rahmah

A
A
A

JOHOR BAHRU - Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan di bawah Kerajaan Perpaduan pada April lalu, telah memberi manfaat kepada lebih sejuta rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif berkenaan mula mendapat sambutan daripada pihak swasta dan industri meskipun ia bermula secara kecil-kecilan.

"Satu berita gembira, KPDN telah mengenalpasti lebih sejuta penerima ataupun rakyat yang telah mendapat manfaat daripada inisiatif Payung Rahmah sejak April lalu hingga semalam.

"Saya percaya bahawa kita sedang ke arah untuk menyediakan Pelan Ekonomi Rahmah dengan beberapa industri nampaknya terus-menerus memberikan sokongan terhadap inisiatif Payung Rahmah.

"Pelan ini melengkapi inisiatif Payung Rahmah yang dijangka akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Ogos depan," katanya.

Salahuddin (kanan) melancarkan Inisiatif Rahmah bersama Zero Healthcare Sdn Bhd di Paradigm Mall, pada Sabtu.
Salahuddin (kanan) melancarkan Inisiatif Rahmah bersama Zero Healthcare Sdn Bhd di Paradigm Mall, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Inisiatif Rahmah bersama Zero Healthcare Sdn Bhd di Paradigm Mall di sini, pada Sabtu.

Syarikat Zero Healthcare Sdn Bhd yang mengeluarkan peralatan kesihatan seperti mesin urut, mesin berlari dan peralatan gim berjenama Malaysia, menawarkan pembelian secara ansuran tetap dan potongan harga sehingga 35 peratus.

Menurut Salahuddin, industri berkaitan penjagaan kesihatan juga tampil kehadapan untuk memberikan sumbangan mereka terhadap inisiatif Payung Rahmah.

Katanya, mesin kerusi urut dijual pada harga RM1,999 berbanding harga asal RM2,999. Manakala bagi mesin berlari (threadmill) dijual pada harga Rahmah RM899 berbanding harga asal RM2,988.

Salahuddin (duduk) memcuba kerusi urut yang ditawarkan di bawah Inisiatif Rahmah bersama Zero Healthcare Sdn Bhd di Paradigm Mall, pada Sabtu.
Salahuddin (duduk) memcuba kerusi urut yang ditawarkan di bawah Inisiatif Rahmah bersama Zero Healthcare Sdn Bhd di Paradigm Mall, pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!