Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Twitter mengumumkan bahawa ia akan berkongsi pendapatan daripada iklan dengan pencipta kandungan, memperluaskan pengewangan semasa pada platform itu, lapor Sputnik.

"Kami sedang mengembangkan tawaran pengewangan pencipta kami untuk memasukkan perkongsian hasil iklan kepada pencipta kandungan. Ini bermakna pencipta boleh mendapat bahagian dalam hasil iklan bermula daripada balasan kepada hantaran mereka," menurut Twitter dalam satu kenyataan.

Untuk layak mendapat untuk perkongsian hasil iklan, pengguna perlu melanggan Twitter Blue atau Organisasi Disahkan, mempunyai sekurang-kurangnya lima juta impressions pada hantaran mereka dalam setiap tiga bulan lepas dan lulus "semakan manusia" untuk piawaian bagi pengewangan pencipta, kata platform itu.

Twitter menambah bahawa pencipta kandungan perlu mempunyai akaun Stripe untuk menerima pembayaran.

Pada April, Twitter mengumumkan pilihan untuk mengewangkan akaun yang membolehkan semua penggunanya memperoleh wang daripada hantaran mereka.

Pemilik syarikat, Elon Musk berkata, pengguna Twitter boleh mengewangkan kandungan mereka dengan membenarkan langganan kepada teks, gambar dan video mereka.- Bernama