Negeri Sembilan, Safuwan berpisah cara baik

Safuwan
Safuwan
A
A
A

NEGERI Sembilan FC melepaskan pemain pertahanan, Mohamad Safuwan Baharuddin secara persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC, Satwant Singh berkata, kelab itu terpaksa melepaskan Safuwan yang mengisi kuota Asean bagi menghormati kontrak dipersetujui kedua-dua pihak sebelum ini.

“Negeri Sembilan FC ucapkan terima kasih kepada Mohamad Safuwan Baharuddin atas khidmat dia yang berkualiti ketika kelab amat memerlukan pengalamannya dalam membantu pasukan.

“Pihak kelab juga ucapkan selamat maju jaya kepada Safuwan dengan pasukan yang akan dia sertai selepas ini.

“Negeri Sembilan akan mengharungi baki saingan liga musim ini dengan kemampuan pasukan sedia ada, namun percaya para pemain coach K Devan mampu memberi cabaran terbaik dalam baki saingan musim ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Tanpa Safuwan, Negeri Sembilan kini menyandarkan harapan kepada pemain import dari Brazil, Casagrande; Herold Mark Goulon (Perancis) dan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Levy Clement Madinda (Gabon).

Negeri Sembilan kini mengumpul 19 mata hasil empat kemenangan, tujuh seri dan lima tewas untuk menduduki tangga ke-10 Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan.