Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih 40 lembu mati disyaki keracunan

12 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Lebih 40 lembu mati disyaki keracunan

BERITA MOJO 12 JULAI 2023

Penternak lembu di Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong, Kedah mengalami kerugian mencecah RM200, 000 apabila lebih 40 ekor haiwan ternakan itu mati sejak seminggu lalu, lapor Wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Thines Krishnan berkata, antara simptom yang dikesan terhadap haiwan berkenaan termasuk hilang selera makan, tidak aktif, keluar lendiran cecair dari mulut, perubahan pada najis, mulut berbuih, perut kembung dan berlaku pendarahan di hidung.

Dia menggesa siasatan sewajarnya dilakukan pihak berkuasa kerana bimbang dengan keadaan kesihatan haiwan ternakan lain.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/267781/edisi/utara/lebih-40-ekor-lembu-mati-disyaki-keracunan

#SinarHarian #BeritaMojo