Sila log masuk terlebih dahulu.

Bukan Islam perasuah terbanyak: DAP selar Sanusi

12 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 JULAI 2023

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan fakta berikutan dakwaannya mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai “pemberi dan penerima rasuah” terbanyak.

Menteri Pengangkutan itu juga turut menyifatkan kenyataan Muhammad Sanusi sebagai “kenyataan pukul rata” yang tidak berasas serta dapat menimbulkan perasaan kebencian antara kaum.