Suhu cecah 45 darjah Celsius, Greece berdepan gelombang haba

Pakar meteorologi menyuarakan kebimbangan bahawa suhu panas boleh berlanjutan. - Gambar hiasan.
Pakar meteorologi menyuarakan kebimbangan bahawa suhu panas boleh berlanjutan. - Gambar hiasan.
A
A
A

ATHENS - Suhu dijangka meningkat kepada lebih 40 darjah Celsius di sebahagian besar Greece mulai Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut perkhidmatan cuaca negara pada Selasa, suhu maksimum dijangka mencecah 45 darjah Celsius di ibu negara Athens pada Sabtu.

Pihak berkuasa mengesyorkan penduduk dan pelancong supaya mengelakkan aktiviti fizikal yang berat.

Beberapa kesatuan sekerja menggesa Jumaat diisytihar sebagai hari cuti kerana cuaca panas, tetapi kerajaan masih belum mengulas mengenai perkara ini.

Orang ramai digesa bekerja dari rumah dan majikan diminta untuk tidak mewajibkan pekerja mereka melakukan kerja fizikal yang berat di luar.

Pakar meteorologi menyuarakan kebimbangan bahawa suhu panas boleh berlanjutan sehingga 10 hari. - Bernama.