Sila log masuk terlebih dahulu.

Gesa kerajaan tolak laporan EIA projek ladang hutan Kledang Saiong

10 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 10 JULAI 2023

Jaringan Menyelamatkan Hutan Simpan Kledang Saiong menggesa pihak kerajaan menolak kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek ladang hutan seluas 4,230 hektar di Hutan Simpan Kekal (HSK) Kledang Saiong di Kuala Kangsar, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Laporan EIA yang disediakan sebuah syarikat perunding itu didakwa berpihak kepada pemaju dengan memperkecilkan kesan negatif kepada alam sekitar dan masyarakat setempat.

Satu memorandum 'Hentikan Projek Ladang Hutan di Hutan Kledang Saiong' telah diserahkan kepada Pegawai Khas Pejabat Menteri Besar Perak, Rahim Nawawi di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh pada Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/267473/Gesa-kerajaan-tolak-laporan-EIA-projek-ladang-hutan-Kledang-Saiong

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian