PN jangan pandang rendah rakyat Selangor

Manivanan Gowin
Manivanan Gowin
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) tidak boleh memandang rendah terhadap kepintaran rakyat Selangor dalam memilih kepimpinan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Manivanan Gowin berkata, pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini adalah bukti bahawa rakyat telah mengiktiraf pencapaian Pakatan Harapan (PH).

"Kerajaan PH sekarang telah berjaya mentadbir negeri dengan pendekatan 'mesra rakyat'.

"Bukan bermain dengan kata-kata, tetapi lebih suka mendengar dasar dan pendekatan yang akan dilakukan oleh pihak lawan untuk rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Perikatan Nasional (PN) tidak menafikan akan berhadapan saingan sengit di Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, meskipun bakal berhadapan sengit, namun PN tetap yakin menawan Selangor berdasarkan berlaku perpecahan parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) dan ketidakupayaan Pakatan Harapan (PH) menerajui negara.

Beliau yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, PN yakin pengundi bukan Melayu akan beralih arah ekoran perpecahan dalam BN dan kelemahan yang sudah terserlah pada PH.

Mengulas lanjut, Manivanan berkata, perkataan yang lebih tepat terhadap kenyataan Wan Ahmad Fayhsal adalah pembangkang dalam penantian.